Beli dan Menang Bersama Julie’s Oat 25 Terma dan Syarat

Terma dan Syarat Peraduan Beli & Menang Julie’s Oat 25

  1. PENGANJUR
  • Peraduan Beli & Menang Julie’s Oat 25 (“Peraduan”) dianjurkan oleh Julie’s Marketing Sdn Bhd (“Penganjur”)

 

  1. TEMPOH PENYERTAAN
  • Peraduan ini akan bermula dari 15 Mei 2022 dan tamat pada 15 Jun 2022 pukul 11:59 malam (“Tempoh Peraduan”).
  • Pihak Penganjur berhak untuk membuat pindaan ke atas Tempoh Peraduan, Cara Penyertaan dan Hadiah Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak. Penyertaan yang diterima di luar daripada Tempoh Peraduan akan dibatal secara automatik.

 

  1. KELAYAKAN PENYERTAAN
  • Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur antara 18 tahun ke atas (selaku pada 15 Mei 2022) dan pemegang kad pengenalan Pemastautin Tetap (PR) kecuali mereka yang dinyatakan dalam perenggan di bawah:-
  • Para pekerja Penganjur (termasuklah anggota bersekutunya dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan) dan ahli keluarga mereka yang terdekat (anak, ibu bapa, adik-beradik termasuk pasangan mereka); dan/atau agensi yang terlibat secara langsung dalam menganjurkan Peraduan ini.
  • Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan peserta yang terlibat dalam mana-mana kategori yang disebut diatas dan/atau yang melanggar mana-mana terma & syarat bertulis.

 

  1. CARA & KRITERIA PENYERTAAN:
  • Untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini, peserta hendaklah mematuhi langkah-langkah berikut:-
  • Langkah 1: Beli rangkaian produk Julie’s Oat 25 yang nilainya berjumlah RM5 dan ke atas dalam satu resit rasmi untuk menyertai Peraduan ini. Pembelian adalah disah kepada mana-mana peruncitan yang menjual produk tersebut. Resit rasmi kedai mesti dicetak melalui sistem POS (“Tempat Jualan” atau dikenali sebagai “Point-Of-Sale”) dengan jelas bersama jenama produk, nama/logo kedai, dan nilai pembelian yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan. Sebarang pembelian sebelum dan/atau selepas Tempoh Peraduan tidak akan diterima oleh pihak Penganjur.
  • Langkah 2: Peserta perlu mengimbas kod QR yang akan disambung kepada laman sesawang penyertaan Peraduan. Isi dan hantar butiran di bawah:-
  • Nama Penuh
  • Nombor Kad Pengenalan (MyKad)
  • Nombor Telefon
  • Muat Naik Gambar Resit Rasmi
  • Jawab soalan dalam tidak melebihi 30 patah perkataan:- “Apakah perisa kegemaran biskut Julie’s Oat 25 anda dan mengapa?”

 

 

  1. HADIAH-HADIAH PERADUAN
  • Klasifikasi hadiah-hadiah adalah:- satu (1) Hadiah Pertama, satu (1) Hadiah Kedua dan dua-puluh (20) Hadiah Sagu Hati untuk dimenangi.
  • Hadiah Pertama: Johnson Fitness Matrix ES Indoor Cycle x 1 Pemenang
  • Hadiah Kedua: Apple Watch Series 7 x 1 Pemenang
  • Hadiah Sagu Hati: JD Sports RM200 Gift Card x 20 Pemenang

 

  1. LIABILITI & TANGGUNGJAWAB
  • Pihak Penganjur akan membuat pengumuman nama peserta yang menang dalam masa tiga-puluh (30) hari selepas Tempoh Peraduan tamat.
  • Para pemenang Peraduan akan dihubungi melalui panggilan telefon/applikasi WhatsApp. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kemenangan jika peserta yang telah menang tetapi gagal untuk dihubungi.
  • Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab dalam proses menuntut hadiah oleh para pemenang Peraduan ini seperti kos pengangkutan, penginapan, sebarang kos persendirian yang terlibat secara tidak langsung ketika perlu untuk menuntut hadiah daripada pihak Penganjur.
  • Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas segala liabiliti yang timbul ketika menuntut hadiah seperti kos pengangkutan, penginapan, persendirian atau liabiliti akibat perubahan kepada butir-butir hadiah dari sebarang keadaan yang tidak dijangkakan, di luar kawalan pihak Penganjur.
  • Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada pihak Penganjur untuk memproses nama peserta bagi tujuan pengiklanan dan publisiti yang berkaitan dengan Peraduan, dalam apa-apa cara penerbitan, pengedaran atau paparan dari semasa ke semasa tanpa sebarang royalti atau pampasan yang perlu dibayar.
  • Keputusan akhir Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, pertanyaan, rayuan atau bantahan dari Peserta tidak akan dilayan.
  • Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta bersetuju untuk mengikut segala Terma & Syarat bertulis di atas dan keputusan oleh pihak Penganjur.

 

  1. AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2012
  • Data Peribadi anda seperti nama, tarikh lahir, nombor kad pengenalan/passport, telefon, alamat dan lain-lain yang diberikan oleh anda kepada kami akan dikumpulkan, disimpan, digunakan dan didedahkan dengan mematuhi akan Akta Perlindungan Data Peribadi 2012 (PDPA) dan oleh itu hanya digunakan untuk hal-hal berkaitan dengan Peraduan ini sahaja dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga (selain daripada syarikat induk pihak Penganjur, anak syarikat, pihak sekutu, pemegang saham, pengarah, kakitangan, kontraktor dan ejen yang membantu dalam menguruskan Peraduan ini) kecuali untuk tujuan menyampaikan hadiah mengikut Terma dan Syarat.